Rabu, 16 Mei 2012

I Promise You My Friend


Thank you for being just you and being my friend,
Nabiha Alia Bt Nazmi Asna


Khamis, 10 Mei 2012

Pabila Panas Tak Sampai Ke Petang

Assalamualaikum
Rupanya hujan petir di tengah hari...

Wahai makhluk2 yang selalu merungut bila apa yang berlaku tak seperti yang diinginkan.Sigh. My dearest bonda pernah cakap, "AHK, tak baik ko mengeluh, nanti rezeki tak datang." Ok. Lepas tu, aku dah tak pernah mengeluh dah. At least bukan kat depan bonda aku lah. Haha. Mengeluh boleh diklasifikasikan sebagai satu konsep keluhan yang dikeluarkan oleh manusia yang cenderung untuk berputus asa di dalam apa yang dijalankannya (gaya2 cakap macam ahli sains pulak) Ok, sekarang nak terangkan tindak balas di atas proses keluh kesah ini.

Stop blamming others
Bukan semua yang kita nak, kita dapat. So, belajar terima hakikat, jangan kerana terlalu hendakkan sesuatu, nafsu mengatasi akal dengan tuduh orang lain secara melulu. Apabila berlaku kejadian sadis ini, perkara pertama yang perlu dibuat adalah selidik. Tak suruh kau kaji selidik macam dlm cerita CSI pun ok. Jangan bazirkan masa kau dengan kau merepek2 banyak2 menyalahkan orang lain. Bajet mcm kau betul sangatlah. Kalau kau betul, mesti apa yang kau rancang tak jadi seperti ala2 peribahasa dkt tajuk entri ni. Dan hanya dengan menyalahkan orang lain tak akan dapat setelkan masalah kau. So, sila bertenang dan tujal jari dkt kepala sendiri dulu ye.

Cari punca
Kan tadi suruh selidik. Maka, carilah kau sampai ke lubang arnab, punca2 atau sebab2 perkara sedemikian terjadi. Minta bantuan orang sekeliling, tanya apa yang patut. Punca boleh jadi yang kau terang2 nampak. Tapi ada jugak, yang kau kena suluh2 sikit baru nampak. Sila luaskan biji kornea anda untuk menjalankan step ini ye. Punca yang terang2 nampak mestilah dalam diri kau sendiri, ye dak? Atau mungkin jugak keadaan seperti cuaca, suhu, kadar pH tanah dan lain2.

Get help
Seek for others help. Jangan segan2, kau nak cari punca masalah kau ni! Kalau segan, tutup kes lah jawabnya. Minta tolong dari elders seperti ibu ayah, abang kakak atau rakan sejawat. Minta pendapat dan juga nasihat bernas mereka2. Mungkin ada perkara yg kita tak tahu, boleh diketahui melalui dorang.

Plan A, B, C......Z
Kita hanya merancang, namun Tuhan yang tentukan. So, dah tahu macam tu, sila2lah sediakan rancangan belakang atas (backup). Sebab memang kita tak yakin 100% bahawasanya plan kita tu menjadi ke tak kan. So, kiranya wajiblah untuk menyediakan rancangan sampingan ye. Step ni bagi mengelakkan emosi2 kedukaan melanda diri.

Jangan terlalu sadis2 bila perkara tak jadi mcam yang kita nak ok. Sebab, behind all that, ada kebaikannya. Verily, there's a relief after each difficulty.

Rabu, 4 April 2012

How to Live Your Pathetic University Life

Assalamualaikum
You are strong because you know your weaknesses

Hai mahasiswa mahasiswi yg asyik konon2 stress dgn university life. Hoho. Memang menipu kalau cakap everyday of your university life is sooooo oh-sem!! Buktinya? Siapa je yang buat tak kisah bila cuti sem datang? Even yang duduk dekat pun balik tiap2 minggu (korang takde assignment ke? Cehh.) Nak kata depress dengan tugasan, tak jugak. Busy semedang tiap2 minggu sebab dok copy paste assignment (What a reality people:P)

Banyak je situasi2 macamtahi tak berapa best yang berlaku in university life. Tiru meniru dah jadi lumrah hidup, tak buat tugasan kumpulan tapi dapat markah sama banyak dah jadi makanan, kena bebel dengan para lecturer yang memang sayang dekat kitorang sampai buat "sesi motivasi" hari2 sebelum kelas dah biasa,  do all the hard work tapi still tak dipandang or orang buat tak tahu je dah memang santapan pun. Tapi sebagai mahasiswa mahasiswi yang berdedikasi lagi berwibawa, ehem, kita perlu menerapkan ciri2 seperti berikut:

Jangan terlalu ambil tahu dan jangan tak ambil tahu langsung
Jangan nak jadi macam reporter sangat even korang bercita-cita untuk jadi wartawan. Wooow! Friendship is everything in university life sis n bro sekalian. Kalau ada di antara besties korang yang cerita pasal kisah hidup dia, crush dia or so on, dengar dan simpan dalam poket je. Tak payah nak gatal2 buat cerita, tokok tambah, kasi pedas kasi hangat. Derr, tak rasa ke orang tu percaya dekat kau baru dia cerita dekat kau?! Tapi kalau orang tak cerita, tak payah nak sibuk bersidai kat ampaian kain orang ye. Angkat je kain korang bawak masuk rumah, lipat, simpan dalam almari. Apa susah?! Dan jangan jadi macam kera sumbang ala2 lone ranger gitu. Orang nak berkawan dengan kau, janganlah sombong sangat. Konon2 nak jaga private life. Kan semua orang ada private life? Just hormati hak masing2 and everybody are happy. 

Don't stress out on small things
Demi menjaga kebeliaan kita semua, adalah perlu untuk mengurangkan tekanan ye. Tak perlu besar-besarkan certain perkara kalau perkara tu pada dasarnya hal kecil je. Bila ada sumting came up, tarik nafas, banyak2 bersabar dan insyaallah semuanya akan terungkai. Mungkin boleh juga kalau nak ceritakan pada orang yang korang percaya, tak kiralah kawan sekelas ke, teman sebilik ke, lecturer ke even dkt makcik jual nasi lemak dekat foodcourt. Sharing helps you to lessen the burden. Mungkin juga korang boleh dapat nasihat yang bernas seumpama beras daripada syarikat beras nasional daripada orang2 yang korang share ni. 

Help others
Sentiasa ringan-ringankan tulang korang untuk tolong orang lain. Nak2 kepada orang terdekat macam kawan2 kelas, member2 blok or kenalan sama batch. Tapi jangan buat sesuatu kalau korang tak mampu buat. Tolong setakat yang mampu je. Jangan bagi harapan pulak pada orang yang mintak tolong tadi, kang tak pepasal ada yang tarik muka. Kena cop tak amanah pulak kang. Orang yang membahagiakan orang lain atau buat orang lain senang dengan dia memang senang nak dapat kawan. So, nanti bila korang pulak yang susah, ada yang datang menghulurkan bantuan. Kan senang hidup macam tu.

Be nice
Sebenarnya kalau hidup tak ikut karma lagi syiokk. Selalunya buat jahat, balas jahat; buat baik balas baik; buat baik balas jahat. Dah common dah semua benda tu. Tak challenging la kalau follow other's flow kan? Kita kasi twist sikit, so, bila orang buat baik dengan kita, kita balas baik; tetapi, kalau orang buat jahat dengan kita, kita buat baik pulak dengan orang tu. Haa, barulah dunia ini ana yang punya. Bukan2. Barulah dunia ini aman dan damai. Even dia buat jahat tahap kinabalu sekalipun, kau buat baik juga dekat dia tahap everest. Haa, hamek kau! Lepas tu baru dia sedar yang tak baik sebenarnya dia buat dekat kau macam tu. Nanti mesti orang tu pulak yang rasa bersalah dan mintak maaf dekat kau. Haha. Been there done that people!

Konklusi siri ini, zaman belia nilah zaman yang paling yabedabedooo sekali korang nak hadapi. Dikelilingi member2, senda gurau suka duka silih berganti, meninggalkan kesan abadi (haa, kenal tak lagu ni? Tak kenal sudahh!)



Rabu, 14 Mac 2012

Climb to The Top

Assalamualaikum
Everybody makes mistakes, that is why every pencils have eraser

Sometimes dear people, you just need to step outside, get some air and remind yourself of who you are and who you want to be. Ramai orang kadang-kadang lupa tujuan hidup dia yang sebenar. Nak kata menyimpang tu tidaklah, tapi, mungkin lebih terpengaruh sangat dengan suasana dan orang sekeliling. Siapa yang hidup dia fully untuk diri sendiri? Hidup fikir kebahagiaan sendiri? If yes, that is what people call selfish dear. Tapi, kalau memang 100% hidup untuk orang lain? That is totally dumb. Dumb dumb (baca: dam dam). Double dumb.

Balance your life
Separuh untuk orang lain, dan separuh lagi untuk diri sendiri. Bukan susah pun. Kalau kau tak mampu buat sesuatu perkara tu, jangan buat. Buat apa paksa diri. Keikhlasan itu penting. Ehem. My dearest bonda pernah cakap, "AHK, kalau kau buat satu-satu benda tu, bior ikhlas, kalau tak ikhlas, tak dapat pahala". Terima kasih bonda atas golden speech tu. Anakanda ingat sampai sekarang. Ehem lagi. Again. Lead a simple yet meaningful life. Orang mintak tolong, kau bantu. Orang tak mintak pun apa salahnya kau bantu, dapat pahala. There is somekind of feeling, bila kau usaha untuk tolong orang tu, and beban orang tu berkurang, even dia tak ucap terima kasih pun, rasa berbaloi sangat lepas tengok muka lega orang tu. Kan? So, stop ketagih mencari pujian2 duniawi semata2 tu. Remember one thing: In life, kita tak hidup dengan pujian orang dan kita tak mati dengan kejian orang.

Persetankan semua itu
They are just everywhere. Siapa? Pendengki my all dearest. Pantang kalau tengok orang lain berjaya, mulalah hati tu nak bertukor kaler. Sad to said. Tapi dunia ni penuh dengan orang macam tu. Asyik kerja nak jatuhkan orang lain. Pergghh. Kalau diri sendiri tak berjaya, kau jangan nak tolak orang lain jatuh pulak. Kau tahu tak sakit kalau jatuh?! Lagi sakit kalau kena tolak, lepas tu orang yang tolak kau tu, main sorok2 tangan. Lagi kes unit kecemasan kalau orang yang tolak kau tu, cuba fitnah orang lain, yakni diri kau sendiri. What the Fuu nak jatuhkan diri sendiri ni?! Statement beremo di atas tak suruh korang untuk berprasangka buruk terhadap semua orang lepas ni, but darling, just beware. In case, ade kes2 nazak macam di atas, abaikan sahaja. Bila orang tolak kau jatuh, kau bangun balik. Kau tahu apa yang membuatkan orang yang tolak kita tu sakit hati? Adalah bila kita bangun, tanpa mengadu sakit pun, dan berdiri lebih tinggi daripada dia. Lagi  sekali. Tak berbaloi, kalau kau terus terjelopok dekat bawah tu, waiting for prince charming datang pimpin kau bangun. Cehh. Tetapkan nawaitu. Kau hidup, bukan nak orang sanjung kau, tapi untuk berjasa pada orang lain.

Don't regret it
Apa2 pun yang kita buat, don't ever ada rasa menyesal (kalau dosa2 silam tu, wajiblah menyesal).Jangan asyik rasa tersilap langkahlah, salah sarung selipar lah, silap beli tiket lah, salah jalan dan apa2 jua rungutan sesalan lain. Stop being such a child, and just go on with your life. Masalah apa yang tak boleh diselesaikan? Tak menjadi permasalahan kalau sekali sekala buat salah (kalau selalu tu, bermasaalah namanya). Apa yang penting, kau ambil yang baik daripada kejadian tu. 

Konklusi dalam ilusinya, it's nothing worth having comes easy. Cari diri kau yang sebenar, persetankan yang negatif, cedok yang positif and there you go, you'll be the most happiest person in whole wide world.

Jumaat, 2 Mac 2012

aku + dia = kami sahabat baik

Assalamualaikum

Dia seorang ARTIS, aku cuma ORANG BIASA

Ramai dan bersepah2 je kaum hawa yang lebih suka berkawan dengan kaum bertentang daripada kaum sejenis. Mungkin sebab memang dah lumrah. Lelaki diciptakan untuk wanita dan wanita diciptakan untuk lelaki. Cewahh. 

Banyak sebab kenapa lumrah adalah sebegitu. Kalau nak terang pun memang tak habislah entri aku. Cehh. Mari kita lihat carta-carta mengapa perempuan suka berkawan baik dengan lelaki (ayat dah macam cikgu BM)

Lelaki tak bawak khabar angin tanpa sebab
Senang je. Lelaki mana suka bergosip sangat dengan perempuan. So, bila ada berita terkini atau gosip2 panas yang melanda, dia tak akan simply2 nak story dekat best girlfriend ever dia ni melainkan ada sebab. Kebiasaannya yang aku tengok, lelaki akan ceritakan tentang satu2 gosip ni kalau dia nak orang yang digosipkan tu berubah. See? Betapa caringnya kaum adam. Cehh

Dorang tak bocorkan rahsia korang
Aku tak cakap yang kaum hawa tak boleh dipercayai. Tapi, biasalah, satu alam semesta tahu yang kaum hawa ni dorang ada tahap emosi yang overloaded. Bila emosi ke, touching2 ke, terlepas cakap. Oooopss! Berlainan dengan kaum adam yang sentiasa cool. Cehh. So, kebarangkalian untuak dorang terlepas cakap tu hampir takde.

Dorang mempunyai pandangan yang berbeza
Dah memang sah berbeza. Bila dah lain jantinanya, mestilah cara pemikiran pun lain. senang nak bertukar2 pendapat gitu.

Dorang tak akan suka dekat 'crush' korang
Memang dah sah2 tak akan ada adegan rebut2 crush, pakwe atau yang seangkatan dengannya. Boleh ke kalau kau suka seorang lelaki, lepas tu kawan baik lelaki kau ni suka jugak dekat dia. Memang tak lah kan. Kalau yang ada tu, aku nasihatkan kau tukar jelah kawan baik lelaki kau tu ye.

Dorang tak bermuka2
Bila ada problem ke, kena marah dengan awek ke, dorang tak akan tarik muka dengan korang. Kan aku dah kata kaum adam ni cool. Cehh. 

Less drama
Dah nama kawan dengan lelaki. Bila kau ada crush baru ke, kau dapat anak saudara baru ke. Memanglah dia tak akan lompat2 riang gembira sekali dengan kau, ye tak? 

Konklusi: terima kasih awak;)



Khamis, 1 Mac 2012

kasih sayang

Assalamualaikum
Kasih sayang adalah apabila kamu prihatin dengan keadaan orang lain sama seperti keadaan kamu sendiri -Morrie Schwartz

Kasih sayang meliputi segala-galanya dari segenap sudut dunia ni. Takde kasih sayang, musnahlah alam, hancurlah manusia. "Err AHK, aku memang sayang gila kat awek aku.HAHA". Jangan sempitkan fikiran dengan hanya fikir kasih sayang antara kekasih je. Cehh. Banyak lagi contoh kasih sayang yang boleh digunapakai. Kasih ibu pada anak, sayang sahabat pada rakan, cinta abang pada adik, dan tak lupa, penghargaan buat diri sendiri. Kadang-kadang manusia lupa, untuk bagi sikit penghargaan untuk diri sendiri. 

Tapi, yang paling utama, mestilah kasih yang kita curahkan untuk orang lain, sekeliling. Undang-undang tarikan. Atau bahasa asingnya, orang panggil "Law of Attraction". Memang tak pelik kalau kau jenis yang suka buat muka, tarik 14, muncung sedepa, kening sebelah keatas, berderet gila orang tak suka. Layan orang macam mana kau nak orang lain layan kau.

Kadang-kadang kita lupa, nak bergelak ketawa sakan, kongsi cerita harian, duduk makan semeja, tonton astro bersama, dengan orang yang rapat dengan kita. Yang hampir. Keluarga. Luangkan sikit masa, apa salahnya, kongsi cerita barang dua tiga, gelak2 tengok maharaja lawak, atau hirup teh o panas petang2. 

Be lovable. Jumpa orang, senyum. Terserempak member, tegur. Tak perlu duduk dalam satu zone, yang mana orang tak berani nak tegur, nak senyum. Nak pandang pun tak boleh. Itu melampau. Cehh. Kalau hanya sayang diri sendiri je, tak guna duduk dalam komuniti berbeza. Baik campak masuk amazon, kalau kau diterima.

Konklusi, bangunkan semangat kasih. Bertanggungjawab di antara satu sama lain. Belajar dari pengajaran. Dunia akan jadi tempat yang lebih baik untuk didiami. Saling sayang-menyayangi, atau hidup tak bermakna.

buat hidup lebih bahagia

Assalamualaikum

Be expose. Don't be shy. Love the way you are born. Don't imitate others.

Bukan senang untuk kita bina dan pupuk sikap kita hari ni. Walaupun ada banyak je sikap yang buat orang lain punya kening sebelah ke atas (sambil diangkat-angkat). Hargai diri sendiri. Reveal yourself. Jangan expose ke arah yang salah pulak. Yakinlah sikit dengan kemampuan diri sendiri. 

Orang selalu cakap (entah siapalah yang cakap), hanya kita je yang tahu siapa diri kita. Sebenarnya statement tu taklah betul sangat. Cehh. Orang yang sekeliling lebih mengenali diri kita sebenarnya. Konsep dekat sini aku tak masuk lagi bab keluarga, kawan rapat handai bagai ye.  Peribadi kita dikaitkan dengan siapa kita berkawan. So, secara tak langsungnya, untuk kenal diri sendiri adalah yang terbaik dengan mengambil sudut pandangan orang lain terhadap kita. Termasuk orang luar. Ye. Termasuk orang luar. Yang tiada kaitan darah meskipun semua orang darah merah. 

"Err, AHK, kenapa ko cakap macam tu? Diri aku, mestilah aku tahu aku macam mana. Orang luar yang tak tahu apa2 pasal aku tu yang patut SHUT UP." Memanglah secara lumrahnya, kita lebih tahu siapa diri kita, tapi yang menentukan sama ada diri kita tu "betul" atau "salah" adalah bendasing2 yang digelar "orang luar" ni tadi. Manusia kan banyak mengalami kekeliruan. Cehh. Orang2 yang macam ni tadi lah yang nampak siapa kau, dan dorong kau.

Jangan buat sesuatu perkara supaya orang lain nampak kau, tapi buat sesuatu perkara sampai orang lain kena cari kau kalau kau takde. Dont' complicate life; 

Rasa rindu? Kol lah. 
Nak jumpa? Jemput. 
Nak difahami? Terangkan.
Ada soalan? Tanya.
Tak suka sesuatu? Cakap.
Nak sesuatu? Minta.

See? Life is easy. 
Do more of what makes you happy.