Khamis, 1 Mac 2012

kasih sayang

Assalamualaikum
Kasih sayang adalah apabila kamu prihatin dengan keadaan orang lain sama seperti keadaan kamu sendiri -Morrie Schwartz

Kasih sayang meliputi segala-galanya dari segenap sudut dunia ni. Takde kasih sayang, musnahlah alam, hancurlah manusia. "Err AHK, aku memang sayang gila kat awek aku.HAHA". Jangan sempitkan fikiran dengan hanya fikir kasih sayang antara kekasih je. Cehh. Banyak lagi contoh kasih sayang yang boleh digunapakai. Kasih ibu pada anak, sayang sahabat pada rakan, cinta abang pada adik, dan tak lupa, penghargaan buat diri sendiri. Kadang-kadang manusia lupa, untuk bagi sikit penghargaan untuk diri sendiri. 

Tapi, yang paling utama, mestilah kasih yang kita curahkan untuk orang lain, sekeliling. Undang-undang tarikan. Atau bahasa asingnya, orang panggil "Law of Attraction". Memang tak pelik kalau kau jenis yang suka buat muka, tarik 14, muncung sedepa, kening sebelah keatas, berderet gila orang tak suka. Layan orang macam mana kau nak orang lain layan kau.

Kadang-kadang kita lupa, nak bergelak ketawa sakan, kongsi cerita harian, duduk makan semeja, tonton astro bersama, dengan orang yang rapat dengan kita. Yang hampir. Keluarga. Luangkan sikit masa, apa salahnya, kongsi cerita barang dua tiga, gelak2 tengok maharaja lawak, atau hirup teh o panas petang2. 

Be lovable. Jumpa orang, senyum. Terserempak member, tegur. Tak perlu duduk dalam satu zone, yang mana orang tak berani nak tegur, nak senyum. Nak pandang pun tak boleh. Itu melampau. Cehh. Kalau hanya sayang diri sendiri je, tak guna duduk dalam komuniti berbeza. Baik campak masuk amazon, kalau kau diterima.

Konklusi, bangunkan semangat kasih. Bertanggungjawab di antara satu sama lain. Belajar dari pengajaran. Dunia akan jadi tempat yang lebih baik untuk didiami. Saling sayang-menyayangi, atau hidup tak bermakna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan