Khamis, 1 Mac 2012

buat hidup lebih bahagia

Assalamualaikum

Be expose. Don't be shy. Love the way you are born. Don't imitate others.

Bukan senang untuk kita bina dan pupuk sikap kita hari ni. Walaupun ada banyak je sikap yang buat orang lain punya kening sebelah ke atas (sambil diangkat-angkat). Hargai diri sendiri. Reveal yourself. Jangan expose ke arah yang salah pulak. Yakinlah sikit dengan kemampuan diri sendiri. 

Orang selalu cakap (entah siapalah yang cakap), hanya kita je yang tahu siapa diri kita. Sebenarnya statement tu taklah betul sangat. Cehh. Orang yang sekeliling lebih mengenali diri kita sebenarnya. Konsep dekat sini aku tak masuk lagi bab keluarga, kawan rapat handai bagai ye.  Peribadi kita dikaitkan dengan siapa kita berkawan. So, secara tak langsungnya, untuk kenal diri sendiri adalah yang terbaik dengan mengambil sudut pandangan orang lain terhadap kita. Termasuk orang luar. Ye. Termasuk orang luar. Yang tiada kaitan darah meskipun semua orang darah merah. 

"Err, AHK, kenapa ko cakap macam tu? Diri aku, mestilah aku tahu aku macam mana. Orang luar yang tak tahu apa2 pasal aku tu yang patut SHUT UP." Memanglah secara lumrahnya, kita lebih tahu siapa diri kita, tapi yang menentukan sama ada diri kita tu "betul" atau "salah" adalah bendasing2 yang digelar "orang luar" ni tadi. Manusia kan banyak mengalami kekeliruan. Cehh. Orang2 yang macam ni tadi lah yang nampak siapa kau, dan dorong kau.

Jangan buat sesuatu perkara supaya orang lain nampak kau, tapi buat sesuatu perkara sampai orang lain kena cari kau kalau kau takde. Dont' complicate life; 

Rasa rindu? Kol lah. 
Nak jumpa? Jemput. 
Nak difahami? Terangkan.
Ada soalan? Tanya.
Tak suka sesuatu? Cakap.
Nak sesuatu? Minta.

See? Life is easy. 
Do more of what makes you happy.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan