Rabu, 29 Februari 2012

Give and Take

Assalamualaikum

Erm, gambar kali ni lain sikit. Green of nature? Memang taklah. Baik aku letak gambor hutan je kalau nak green sangat. Dan memang sah korang ada masalah mata kalau tak nampak 3 makhluk yang terkaku dalam gambor ni.

Entri kali ni. Give and take. "Errr, AHK, give and take tu macam kita buy one free one kat pasaraya tu ke?"
Haah. Memang ye pun. Kalau setakat nak benda free je memanjang, baik toksah hidup le. Cehh. Berbalik pada gambor kita tadi. 3 makhluk tu bukanlah sesaja tercegat dekat situ. Makcik2 tu tengah buat sistem bater kat situ. Ehh, salah, tu time zaman jahiliah je. Dorang tu sebenarnya tengah mengamalkan sistem jiran bersepadu. 

Makcik Kiah dengan anaknya, Siti, datang bagi cucur kodok dekat Makcik Limah rumah sebelah. Makcik Limah pulak kebetulan tengah goreng karipap. Makcik Limah pun bagi sikit karipap tu dekat Makcik Kiah dan anaknya Siti. (Tak bagi kang, kena cop kedekut pulak). Cehh, manusia2.

So, apa yang give and take nye dekat sini? Memanglah ada. Seorang memberi dan seorang menerima. Bukan hanya seorang sahaja yang memberi dan bukan seorang sahaja yang menerima. Tapi, orang kata, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Cewahh. Kata pendeknya, janganlah meminta2. Selagi kita dapat memberi kepada orang lain, berikanlah. Jangan simpan sorang2. Dan kalau orang dah bagi tu, pandai2lah balas jasa. Jangan bagi balik tupperware kosong je.

Tapi, jangan mengharapkan balasan atas apa je yang kita buat. Tak semestinya reward tu dapat sekarang. Mana tahu orang yang kita selalu kita tolong tu nanti yang derma buah pinggang dekat kita (klise cerita Melayu. Cehh.) 

Kesimpulan. Give and Take. Jangan kedekut. Jangan harap balasan. Bantu setakat mampu.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan