Everybody makes mistakes, that is why every pencils have eraser
Sometimes dear people, you just need to step outside, get some air and remind yourself of who you are and who you want to be. Ramai orang kadang-kadang lupa tujuan hidup dia yang sebenar. Nak kata menyimpang tu tidaklah, tapi, mungkin lebih terpengaruh sangat dengan suasana dan orang sekeliling. Siapa yang hidup dia fully untuk diri sendiri? Hidup fikir kebahagiaan sendiri? If yes, that is what people call selfish dear. Tapi, kalau memang 100% hidup untuk orang lain? That is totally dumb. Dumb dumb (baca: dam dam). Double dumb.
Balance your life
Separuh untuk orang lain, dan separuh lagi untuk diri sendiri. Bukan susah pun. Kalau kau tak mampu buat sesuatu perkara tu, jangan buat. Buat apa paksa diri. Keikhlasan itu penting. Ehem. My dearest bonda pernah cakap, "AHK, kalau kau buat satu-satu benda tu, bior ikhlas, kalau tak ikhlas, tak dapat pahala". Terima kasih bonda atas golden speech tu. Anakanda ingat sampai sekarang. Ehem lagi. Again. Lead a simple yet meaningful life. Orang mintak tolong, kau bantu. Orang tak mintak pun apa salahnya kau bantu, dapat pahala. There is somekind of feeling, bila kau usaha untuk tolong orang tu, and beban orang tu berkurang, even dia tak ucap terima kasih pun, rasa berbaloi sangat lepas tengok muka lega orang tu. Kan? So, stop ketagih mencari pujian2 duniawi semata2 tu. Remember one thing: In life, kita tak hidup dengan pujian orang dan kita tak mati dengan kejian orang.
Persetankan semua itu
They are just everywhere. Siapa? Pendengki my all dearest. Pantang kalau tengok orang lain berjaya, mulalah hati tu nak bertukor kaler. Sad to said. Tapi dunia ni penuh dengan orang macam tu. Asyik kerja nak jatuhkan orang lain. Pergghh. Kalau diri sendiri tak berjaya, kau jangan nak tolak orang lain jatuh pulak. Kau tahu tak sakit kalau jatuh?! Lagi sakit kalau kena tolak, lepas tu orang yang tolak kau tu, main sorok2 tangan. Lagi kes unit kecemasan kalau orang yang tolak kau tu, cuba fitnah orang lain, yakni diri kau sendiri. What the Fuu nak jatuhkan diri sendiri ni?! Statement beremo di atas tak suruh korang untuk berprasangka buruk terhadap semua orang lepas ni, but darling, just beware. In case, ade kes2 nazak macam di atas, abaikan sahaja. Bila orang tolak kau jatuh, kau bangun balik. Kau tahu apa yang membuatkan orang yang tolak kita tu sakit hati? Adalah bila kita bangun, tanpa mengadu sakit pun, dan berdiri lebih tinggi daripada dia. Lagi sekali. Tak berbaloi, kalau kau terus terjelopok dekat bawah tu, waiting for prince charming datang pimpin kau bangun. Cehh. Tetapkan nawaitu. Kau hidup, bukan nak orang sanjung kau, tapi untuk berjasa pada orang lain.
Don't regret it
Apa2 pun yang kita buat, don't ever ada rasa menyesal (kalau dosa2 silam tu, wajiblah menyesal).Jangan asyik rasa tersilap langkahlah, salah sarung selipar lah, silap beli tiket lah, salah jalan dan apa2 jua rungutan sesalan lain. Stop being such a child, and just go on with your life. Masalah apa yang tak boleh diselesaikan? Tak menjadi permasalahan kalau sekali sekala buat salah (kalau selalu tu, bermasaalah namanya). Apa yang penting, kau ambil yang baik daripada kejadian tu.
Konklusi dalam ilusinya, it's nothing worth having comes easy. Cari diri kau yang sebenar, persetankan yang negatif, cedok yang positif and there you go, you'll be the most happiest person in whole wide world.




