Jumaat, 2 Mac 2012

aku + dia = kami sahabat baik

Assalamualaikum

Dia seorang ARTIS, aku cuma ORANG BIASA

Ramai dan bersepah2 je kaum hawa yang lebih suka berkawan dengan kaum bertentang daripada kaum sejenis. Mungkin sebab memang dah lumrah. Lelaki diciptakan untuk wanita dan wanita diciptakan untuk lelaki. Cewahh. 

Banyak sebab kenapa lumrah adalah sebegitu. Kalau nak terang pun memang tak habislah entri aku. Cehh. Mari kita lihat carta-carta mengapa perempuan suka berkawan baik dengan lelaki (ayat dah macam cikgu BM)

Lelaki tak bawak khabar angin tanpa sebab
Senang je. Lelaki mana suka bergosip sangat dengan perempuan. So, bila ada berita terkini atau gosip2 panas yang melanda, dia tak akan simply2 nak story dekat best girlfriend ever dia ni melainkan ada sebab. Kebiasaannya yang aku tengok, lelaki akan ceritakan tentang satu2 gosip ni kalau dia nak orang yang digosipkan tu berubah. See? Betapa caringnya kaum adam. Cehh

Dorang tak bocorkan rahsia korang
Aku tak cakap yang kaum hawa tak boleh dipercayai. Tapi, biasalah, satu alam semesta tahu yang kaum hawa ni dorang ada tahap emosi yang overloaded. Bila emosi ke, touching2 ke, terlepas cakap. Oooopss! Berlainan dengan kaum adam yang sentiasa cool. Cehh. So, kebarangkalian untuak dorang terlepas cakap tu hampir takde.

Dorang mempunyai pandangan yang berbeza
Dah memang sah berbeza. Bila dah lain jantinanya, mestilah cara pemikiran pun lain. senang nak bertukar2 pendapat gitu.

Dorang tak akan suka dekat 'crush' korang
Memang dah sah2 tak akan ada adegan rebut2 crush, pakwe atau yang seangkatan dengannya. Boleh ke kalau kau suka seorang lelaki, lepas tu kawan baik lelaki kau ni suka jugak dekat dia. Memang tak lah kan. Kalau yang ada tu, aku nasihatkan kau tukar jelah kawan baik lelaki kau tu ye.

Dorang tak bermuka2
Bila ada problem ke, kena marah dengan awek ke, dorang tak akan tarik muka dengan korang. Kan aku dah kata kaum adam ni cool. Cehh. 

Less drama
Dah nama kawan dengan lelaki. Bila kau ada crush baru ke, kau dapat anak saudara baru ke. Memanglah dia tak akan lompat2 riang gembira sekali dengan kau, ye tak? 

Konklusi: terima kasih awak;)



1 ulasan: